Lencana Sekolah

Lencana Sekolah
Cogankata
Cogankata yang terdapat dalam lencana ialah "USAHA HINGGA JAYA". Ia membawa maksud bahawa semua pihak yang berada di institusi ini akan berusaha bersungguh-sungguh dalam semua bidang persekolahan hingga menghasilkan kejayaan. Tidak terhad dalam bidang akademik malah meliputi juga bidang disiplin, kokurikulum dan segala yang berkenaan. Sekolah ini juga akan sentiasa berusaha meningkatkan prestasinya sesuai dengan falsafah sekolah ini.
Lambang
Bunga berangkai yang mengelilingi bulatan mengandungi huruf SMK dan di kanan kiri sebelah luar lencana melambangkan ikatan dan kerjasama yang erat oleh semua pihak dalam membina kejayaan dan memenuhi cita-cita dari falsafah sekolah. Lambang air yang berombak biru antara rangkaian bunga di atas bermaksud perpaduan antara murid, guru dan ibu bapa yang jugak membawa erti sekolah ini terletak di dalam sebuah pulau yang di kelilingi oleh lautan.
Warna
Kuning : melambangkan keikhlasan dan kesucian semua pihak yang jugak melambangkan warna-warna utama dalam bendera negara yang bermaksud negara beraja dan Islam sebagai agama rasminya.
Biru : melambangkan perpaduan antara kaum yang wujud di sekolah antara murid dan guru-guru.
Merah : melambangkan keberanian menuju cabaran dalam menimba ilmu dengan penuh ketabahan.
Hitam : bermaksud tekad dan semangat yang padu.
Serah Putih : membawa erti bersih suci dan penuh tanggungjawab dalam melaksanakan cita-cita negara.
Short Note : Was taken from our Majalah Mutiara
0 comments:
Post a Comment